Sabtu, 23 Januari 2016

Permainan bola baling

  1. 1. Permainan Bola Baling SK St Mary Papar
  2. 2. Sejarah• 1909 - Torball - Russia• 1917 - Handball - Jerman• 1926 - dunia - Amsterdam• 1936 - olimpik - Berlin• 1976 - Malaysia oleh Lim Hock (diperkenalkan)• 1979 - peringkat kebangsaan• 1985 - Pestarama Maktab• 1987 - Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)• 1994 - komanwel (PBBM) @ tuan rumah
  3. 3. Padang & Gelanggang• Dimainkan dalam atau luar dewan• Dimainkan dalam dua pasukan• Setiap pasukan ada tujuh pemain• Dua orang pengadil• Ukuran gelanggang – 40m panjang 20m lebar• Tiang gol didirikan dalam kawasan gol yang jejari 6m dari tepi tiang gol dan 7m dari garisan penjaga gol (3m panjang 2m tinggi)• Menggunakan bola kecil bersaiz 2 (wanita 14 ke atas ), saiz 3 (lelaki 16 ke atas) atau saiz 1(perempuan 8-14 /lelaki 8 - 16)
  4. 4. Kemahiran Asas1. Berlari2. Melompat3. Hantaran bola4. Menyambut bola5. Menjaring gol6. Mengelecek bola dengan tangan7. Mengadang8. Menjaga gol
  5. 5. Kemahiran Pertama: Hantaran Bolaa. Hantaran bahub. Hantaran lantunc. Hantaran aras dadad. Hantaran lompate. Hantaran sisi
  6. 6. Hantaran BahuCara menghantar bola yang sering digunakan olehpemain dalam permainan Bola Baling. Biasanya,cara ini dilakukan semasa membuat hantaranjauh. Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaranini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaanbersedia, pemain boleh terus mengelecek,menjaring, menukar hala hantaran ataumemusingkan badannya.
  7. 7. Hantaran LantunDilakukan apabila membuat hantaran secaramengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapatdisekat oleh pihak lawan yang bertindak balaspantas. Hantaran ini biasanya dilakukan dengansebelah tangan.
  8. 8. Hantaran Aras DadaBerasal daripada kemahiran yang sama dalampermainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaranjarak dekat di aras dada. Pergerakan bola ituadalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tanganhendaklah ikut lajak di akhir tolakan.
  9. 9. Hantaran LompatIni adalah satu lagi gerak keliru yang berasal daripermainan bola keranjang. Biasanya apabilaseorang penyerang melompat untuk menjaringtidak berpeluang membuat demikian, ia akanmembuat hantaran terus kepada kawannyasupaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan
  10. 10. Hantaran SisiCara hantaran sisi juga digunakan bila membuathantaran jarak dekat dan pantas. Pemain tidakperlu memusingkan badannya untuk menghadapke arah penerima hantarannya apabila hantaransisi dilakukan. Hantaran cara ini banyakmelibatkan pergerakan pergelangan tangan danmemang sesuai bagi pemain yang mempunyaitapak tangan yang besar.
  11. 11. Kemahiran Kedua: Menangkap Bola• Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan bola, memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks.• Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna.
  12. 12. Cara Menangkap Bola• Dengan kedua belah tangan – bola aras mukaApabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.
  13. 13. Cara Menangkap Bola• Dengan kedua belah tangan – bola rendahUntuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa menangkap bola.
  14. 14. Cara Menangkap Bola• Dengan sebelah tanganCara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas, keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang bola.
  15. 15. Cara Menangkap Bola• Menangkap Bola TinggiJika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.
  16. 16. Kemahiran Ketiga: Menjaring Bola• Jaringan dari atas kepala1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala pada aras bahu.4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran.5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.
  17. 17. Kemahiran Ketiga: Menjaring Bola• Jaringan dari bawa lengan1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.
  18. 18. Kemahiran Ketiga: Menjaring Bola• Jaringan Lompat1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.
  19. 19. Kemahiran Ketiga: Menjaring Bola• Jaringan pada aras pahaPemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha, dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan.Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gol dan membengkokkan lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.
  20. 20. Kemahiran Ketiga: Menjaring Bola• Jaringan sisiPemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut
  21. 21. Kemahiran Ketiga: Menjaring Bola• Jaringan junam dan jaringan jatuh1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke kawasan gol.3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa berada di udara sebelum mendarat.4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan tangan.
  22. 22. Kemahiran Ketiga: Menjaring Bola• Jaringan penalti1. Pemain berada di tempat penalti bersama- sama dengan bola. Pandangan hendaklah fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan.2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung untuk menjaring.4. Pemain melakukannya mengikut lajak.
  23. 23. Kemahiran Ketiga: Menjaring Bola• Jaringan lambungJaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemain lawan daripada lontaran penalti.2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh bola untuk membuat jaringan.3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi serangan pantas.
  24. 24. Kemahiran Ketiga: Menjaring Bola• Jaringan voliJaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.
  25. 25. Aksi-aksi permainan bola baling
  26. 26. Aksi-aksi permainan bola baling
  27. 27. Aksi-aksi permainan bola baling
  28. 28. Aksi-aksi permainan bola baling
  29. 29. Aksi-aksi permainan bola baling
  30. 30. Aksi-aksi permainan bola baling
  31. 31. Semoga menjadi JOHAN dalam permainan bola baling• Gambar pemain bola baling pasukan lelaki & pasukan perempuan SK St Mary Papar• Gambar semasa pertandingan peringkat daerah• Gambar semasa aktiviti 1M1S

Tidak ada komentar:

Posting Komentar